Cadangan Pembinaan Garis Panduan Pembinaan Sahsiah Murid Melalui E-Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Proposed Guidelines for Developing Student Character through E-Learning in Islamic Education for Primary Schools

Authors

  • Nur Eliza Mohd Noor Department of Islamic History, Civilization and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Tengku Sarina Aini Tengku Kasim Department of Islamic Islamic History, Civilization and Education, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Yusmini Md. Yusoff Department of Dakwah and Human Development, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.

Keywords:

Garis Panduan, Pembinaan Sahsiah, E-pembelajaran, Pendidikan Islam

Abstract

E-pembelajaran atau konsep pembelajaran secara dalam talian merupakan pendekatan baharu dalam pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan di Malaysia. Kajian lepas menunjukkan bahawa pengaplikasian e-pembelajaran bagi menggantikan sesi pembelajaran bersemuka secara fizikal di dalam kelas memberikan beberapa implikasi kepada perkembangan sahsiah murid. Ketiadaan garis panduan e-pembelajaran yang khusus dari aspek pembinaan sahsiah murid menyebabkan guru kurang bersedia dan kurang berpuas hati dengan perkembangan sahsiah murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan melalui medium e-pembelajaran. Garis panduan e-pembelajaran yang sedia ada kebanyakannya lebih tertumpu kepada pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi. Namun begitu, walaupun garis panduan e-pembelajaran sedia ada telah dikeluarkan namun, didapati pelajar-pelajar masih gagal untuk mengikuti garis panduan tersebut sebagai warga digital yang betul. Ini menunjukkan masih terdapat kelompangan dari segi garis panduan e-pembelajaran sedia ada dalam menjadikan pelajar sebagai warga digital yang berhemah. Oleh itu, dengan menggunakan perisian Nvivo versi 1.7, kajian ini dijalankan terhadap Guru Pendidikan Islam sekolah rendah untuk mengkaji sejauh mana garis panduan e-pembelajaran sedia ada membantu mereka dalam melaksanakan tanggungjawab membina sahsiah murid melalui pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah secara dalam talian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat keperluan dalam membuat penambahbaikan garis panduan sedia ada bagi tujuan pembinaan sahsiah murid melalui e-pembelajaran Pendidikan Islam berdasarkan permasalahan dan isu-isu yang dihadapi oleh guru semasa pelaksanaan e-pembelajaran. Oleh itu, diharapkan cadangan garis panduan pembinaan sahsiah murid sekolah rendah dalam pengaplikasian e-pembelajaran Pendidikan Islam dapat memberi informasi terbaharu kepada guru Pendidikan Islam khususnya yang bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah murid.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

13-12-2024

How to Cite

Mohd Noor, N. E., Tengku Kasim, T. S. A., & Md. Yusoff, Y. (2024). Cadangan Pembinaan Garis Panduan Pembinaan Sahsiah Murid Melalui E-Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah: Proposed Guidelines for Developing Student Character through E-Learning in Islamic Education for Primary Schools. Journal of Islamic Educational Research, 10(1), 21–29. Retrieved from https://mjlis.um.edu.my/index.php/JIER/article/view/56297

Issue

Section

Article

Most read articles by the same author(s)