https://mjlis.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/issue/feed JURNAL MELAYU SEDUNIA 2023-12-26T15:01:27+08:00 Dr. Shafa'atussara Silahudin j_sedunia.apm@um.edu.my Open Journal Systems
Jurnal Melayu Sedunia (e-ISSN 2637-0751) diterbitkan sekali setahun (pada November) oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Jurnal ini menerbitkan artikel berasaskan dasar pihak profesional, prinsip amalan dan kemajuan dalam bidang Pengajian Melayu. Jurnal Melayu Sedunia menerima artikel, nota penyelidikan dan ulasan buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang berkaitan dengan dunia Melayu. Jurnal ini bertujuan untuk memberi ruang komunikasi antara pakar-pakar Melayu dan golongan profesional bagi memperkenalkan pemikiran baru, analisis, konsep-konsep, teori dan apa-apa aspek dalam bidang pengajian Melayu. Jurnal ini menggunakan sistem semakan 'double-blind peer review'.

The Journal of Malay World (e-ISSN 2637-0751) is published annually by the Academy of Malay Studies, University of Malaya. The journal publishes original articles based on professional policies, practices principles and progress in the field of Malay Studies. The journal accepts articles and book reviews both in Malay and English on topics pertaining in the Malay world. The journal aims to provide a forum for communication among Malay experts, professionals, to introduce new thought, concepts, theory, and systems. This journal uses double-blind peer review process.
https://mjlis.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/48295 PERBANDINGAN PANTANG LARANG KAUM IBAN DAN KAUM MELANAU 2023-11-29T16:18:55+08:00 Erni Zunatasha Rosli erni.tasha15@gmail.com Fatin Amirah Huwaida Jakariya amrhwda8@gmail.com Izyan Khaliesah Empang Mohd. Khir Nasirruddin izyankhaliesahempang18@gmail.com Natasha Dayang Brain natashadbryan@gmail.com Nik Nur’ain Dalila Nik Azman aindalila27@gmail.com Nur Iylia Maisarah Syaharudy nuriyliasarah2@gmail.com
Pantang larang bermaksud perbuatan yang dilarang untuk dilakukan. Pantang larang ini wujud dalam sesebuah adat dan kepercayaan sesuatu kaum. Dalam konteks masyarakat Iban dan Melanau, pantang larang terbentuk akibat kepercayaan terhadap kekuatan kuasa jahat. Masyarakat Iban dan Melanau percaya bahawa pelanggaran pantang larang akan menyebabkan berlakunya kecelakaan. Namun, terdapat perbezaan pantang larang di antara kedua-dua kaum tersebut terutama dari segi unsur simbol. Objektif pertama kajian ini, ialah mengenal pasti simbol dalam pantang larang masyarakat Iban dan Melanau, kedua menghuraikan perbezaan pantang larang kaum Iban dan Melanau secara umum dan yang terakhir, ialah menganalisis perbezaan unsur simbol dalam pantang larang kaum Iban dan Melanau. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan kaedah penyelidikan lapangan di mana data diperoleh melalui temu bual enam orang informan yang berasal dari Bintangor (berketurunan Iban) dan Mukah (berketurunan Melanau). Hasil analisis kajian ini mendapati unsur simbol seperti tumbuhan, perbuatan, benda, dan haiwan dalam pantang larang kaum Iban dan kaum Melanau. Misalnya Melanau mempunyai simbol tumbuhan midin dan kulat, manakala kaum Iban mempunyai simbol tumbuhan padi, labu dan pokok pisang. Secara keseluruhannya, kajian ini membincangkan perbandingan unsur simbol dan makna dalam pantang larang kaum Iban dan Melanau. Ia bertujuan untuk menjaga tatatertib dalam kehidupan masyarakatnya sekali gus memperingati masyarakatnya untuk sering berhati-hati dan menjauhkan diri daripada sebarang bahaya yang akan mendatang.

Kata kunci: kaum Iban; kaum Melanau; kepercayaan; pantang larang; simbol

Taboo means an act that is forbidden to commit. This taboo exists in a custom and belief of a race. In the context of the Iban and Melanau communities, taboos were formed as a result of belief in the forces of evil forces. The Iban and Melanau communities believe that a violation of the taboo will cause an accident. However, there is a taboo difference between the two races especially in terms of symbol elements. The first objective of this study, is to identify symbols in the taboos of the Iban and Melanau communities, the second describes the difference in the taboos of the Ibans and Melanau in general and the last, is to analyze the differences of the symbolic elements in the taboos of the Ibans and Melanaus. This study used library studies and field research methods where data was obtained through interviews of six informants from Bintangor (Iban descent) and Mukah (of Melanau descent). The results of this
analysis found that symbolic elements such as plants, deeds, objects, and animals in the taboos of the Ibans and Melanau people. For example, Melanau has the symbol of midin and fungal plants, while the Ibans have the symbol of rice, pumpkin and banana trees. Overall, this study discusses the comparison of symbol elements and meanings in the taboos of the Ibans and Melanaus. It aims to maintain discipline in the life of its community thus commemorating its community to be vigilant and stay away from any
future dangers .

Keywords: Iban people; Melanau people; believe; taboos; symbols
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 JURNAL MELAYU SEDUNIA https://mjlis.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/48298 SASTERA BERUNSUR AGAMA: KAJIAN KES BAHAN BACAAN WARGA TUA DI PERPUSTAKAAN NEGERI KELANTAN 2023-11-29T16:44:30+08:00 Hashim Ismail shim@um.edu.my Wan Ab Kadir Wan Dollah rosmini242@gmail.com Mohd Fazli Abd. Malek fazlimalek37@gmail.com
Jumlah populasi warga tua semakin meningkat dalam masyarakat Malaysia. Perangkaan terbaharu 2020 menyatakan terdapat 2.3 juta orang warga tua (Syahidah Husna M. Bakeri, 2020). Kesejahteraan hidup mereka adalah antara indeks yang diperhatikan. Pengurusan masa lapang dan pengurusan ilmu pengetahuan adalah penting untuk kesejahteraan mereka. Justeru, perpustakaan boleh memainkan peranan penting bagi meninjau kecenderungan bahan bacaan yang sesuai untuk warga tua. Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis bahan bacaan sastera yang sesuai bagi keperluan warga tua dan seterusnya menganalisis kandungan bahan bacaan sastera yang dipilih mereka. Sebanyak empat buah perpustakaan telah dipilih untuk kajian kes bagi meninjau pola pembacaan mereka. Perpustakaan berkenaan ialah perpustakaan di Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Mas. Kajian
berbentuk kuantitatif ini dijalankan menerusi kajian lapangan dan sebanyak 293 orang terpilih sebagai responden untuk menjawab borang soal selidik. Selanjutnya data akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian yang dijalankan mendapati bahawa warga tua lebih cenderung untuk memilih bahan bacaan berunsur agama sebagai medium utama dalam menambahkan ilmu pengetahuan, selaras dengan umur mereka yang semakin meningkat. Secara keseluruhan, penulisan ini menyarankan agar jenis-jenis bahan bacaan warga tua diberikan perhatian oleh pusat-pusat sumber seperti perpustakaan awam dan perpustakaan desa yang sedia ada di luar bandar.

Kata Kunci: agama; bahan bacaan; Kelantan; perpustakaan luar bandar; warga tua

The number of elderly people is increasing in Malaysian society. The latest 2020 statistics state that there are 2.3 million elderly people (Syahidah Husna M. Bakeri, 2020). The well-being of their lives is among the indices observed. How they spend their free time and manage knowledge is important to their well-being. Therefore, the library can play an important role in reviewing the tendency of suitable reading materials for the elderly. This writing aims to identify the type of literary reading material that is suitable for the needs of the elderly and further analyze the content of the literary reading material they choose. A total of four libraries were selected for case studies to review their reading patterns. The libraries in question are libraries in Kota Bharu, Tumpat, Bachok and Pasir Mas. This quantitative study was conducted through field research and a total of 293 people were selected as respondents to answer the questionnaire. The data will then be analyzed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) software. The findings of the study found that the elderly are more likely to choose religious reading material as the main medium in increasing knowledge, in line with their increasing age. Overall, this writing suggests that the types of reading materials for the elderly should be given attention by resource centers such as public libraries and rural libraries that exist outside the city.

Keywords: religion; reading materials; Kelantan; rural library; senior citizen

2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 JURNAL MELAYU SEDUNIA https://mjlis.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/48301 MUZIUM DAN PRINSIP WASATIYYAH DI TANAH MELAYU 2023-11-29T17:00:45+08:00 Siti Maimunah Kahal mykahal89@yahoo.com Rahimin Affandi Abdul Rahim faqir_ila_rabbih@um.edu.my Hajar Opir hajar_opir@uitm.edu.my Amiratul Munirah Yahaya amiratul@uitm.edu.my Mohd Hapiz Mahaiyadin mohdhapiz659@uitm.edu.my Wan Yusnee Abdullah wanyusnee@unisel.edu.my
Hasil kerja seorang kurator muzium dapat dikategorikan sebagai sumber berautoriti untuk mengetahui kecenderungan pemikiran sesuatu masyarakat. Kajian ini akan menggunakan kaedah analisis perpustakaan terhadap beberapa artifak sejarah di Muzium Abu Bakar Pekan Pahang dan Muzium Negeri Terengganu. Fokus utamanya adalah untuk melihat nisbah pemikiran dan praktikaliti wasatiyyah yang diamalkan oleh masyarakat Alam Melayu. Hasil kajian ini mendapati beberapa perkara utama. Pertama, muzium memang berfungsi sebagai perakam world-view pemikiran sesuatu masyarakat dan tidak bebas nilai, namun kurator muzium sudah pasti terpengaruh dengan pemikiran masyarakat dalam menyusun galeri. Kedua, terdapat pelbagai faktor kenapa muzium mampu digunakan untuk sesuatu agenda pendidikan yang baik, antaranya adalah keunikan, mudah diingati dan mampu menjana pemikiran kritikal. Ketiga, falsafah wasatiyyah ini secara sederhana telah dilaksanakan dalam masyarakat Melayu dengan cara menyeimbangkan antara kepentingan dunia dan akhirat; menolak segala bentuk ekstremisme; menyeimbangkan antara sumber wahyu dan akal serta realiti setempat.

Kata kunci: artifak; batu bersurat Terengganu; Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang; Muzium
Negeri Terengganu; wasatiyyah

The work of a museum curator can be categorized as an authoritative source to understand the intellectual tendencies of society. This study will utilize library analysis methods on several historical artifacts at the Abu Bakar Museum in Pekan, Pahang, and the Terengganu State Museum. The main focus of this study is to examine the ratio of thought and practicality of wasatiyyah (moderation) practiced by Malay society. The findings of this study have identified several main points. Firstly, the museum indeed serves as a recorder of the worldviews and thoughts of society and is not value-neutral. However, museum curators are undoubtedly influenced by society’s thoughts when organizing galleries. Secondly, various factors explain why museums can be utilized for effective educational purposes. These include uniqueness, ease of remembrance, and the ability to generate critical thinking. Thirdly, the philosophy of wasatiyyah, in simple terms, has been implemented in Malay society by balancing worldly and spiritual interests, rejecting all forms of extremism, and striking a balance between divine revelation, reason, and local realities.

Keyword: artifact; Stone Lettering Terengganu; Abu Bakar Museum in Pekan, Pahang; Terengganu State
Museum; wasatiyyah
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 JURNAL MELAYU SEDUNIA https://mjlis.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/48302 KEINGINAN DAN PANTANG LARANG WATAK IMAM HAMAD DALAM NOVEL SRENGENGE DARI PERSPEKTIF LACAN 2023-11-29T17:25:21+08:00 Choi Se Yoon paul_auster@naver.com Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali inmarlin@um.edu.my Nurhamizah Hashim aaee@um.edu.my
Kajian yang bertajuk “Keinginan dan Pantang Larang Watak Imam Hamad dalam Novel Srengenge dari Perspektif Lacan” ini dihasilkan untuk mengkaji kesusasteraan Melayu berdasarkan Teori Psikoanalisis Jacques Lacan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keinginan watak Imam Hamad dalam novel Srengenge (1973) menggunakan Teori Psikoanalisis Lacan. Pada akhirnya, semua analisis kajian ini akan membuktikan dua cadangan terkenal Lacan, iaitu cadangan pertamanya ialah "Ketidaksedaran adalah wacana yang Lain." dan cadangan keduanya pula ialah "Keinginan manusia adalah keinginan yang Lain.” Menurut Lacan, keinginan manusia berasal dari yang Lain, dan ketidaksedaran manusia terbentuk di bawah pengaruh yang Lain. Tiga peringkat keinginan yang ingin dianalisis dalam kajian ini, iaitu asal-usul keinginan, kebangkitan keinginan, dan hasil keinginan, akan menjadi proses melihat sifat keinginan watak terpilih. Selain itu, kajian ini memfokuskan pada analisis keinginan Imam Hamad dari perspektif Teori Psikoanalisis Lacan dengan merujuk kepada kajian Freud mengenai pantang larang. Oleh itu, kajian ini akan menyatakan tafsiran baru analisis keinginan berbeza daripada kajian lepas. Melalui analisis keinginan watak Imam Hamad ini, cadangan pertama Lacan terbukti bahawa ketidaksedaran watak tercipta bawah pengaruh wacana yang Lain. Selain itu, cadangan kedua Lacan telah terbukti bahawa keinginan watak yang terpilih dicipta oleh menginginkan keinginan yang Lain. Hasilnya, novel Srengenge ini menunjukkan bahawa dunia minda manusia tidak pernah terlepas daripada kekuatan graviti pantang larang dan animisme yang menjadi asas agama primitif. Kajian ini merupakan kajian pertama dalam kesusasteraan Melayu yang menggunakan Teori Lacan. Melalui kajian ini, diharapkan agar hasil kajian ini dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh pengkaji-pengkaji yang akan datang yang berminat untuk mengkaji karya-karya sastera Melayu menggunakan Teori Lacan.

Kata Kunci: keinginan; pantang larang; Shahnon Ahmad; Srengenge; Teori Psikoanalisis Lacan; Yang Lain

This study, titled “Imam Hamad's Desire and Taboo in the Novel Srengenge from Lacan's Perspective”, was conducted to study Malay literature based on Jacques Lacan’s psychoanalytic theory. This study aims to analyze Imam Hamad's desire in the novel Srengenge (1973) using Lacan's Psychoanalytic Theory. In the end, all the analysis of this study will prove two famous propositions of Lacan, namely his first proposition is "The unconscious is the discourse of the Other." and the second proposition is "Man's desire is the desire of the Other.” According to Lacan, human desire originates from the Other, and human unconscious is formed under the influence of the Other. The three stages of desire to be analyzed in this study, that is, the origin of desire, the awakening of desire, and the result of desire, will be the process of looking into the nature of the desire of the selected characters. In addition, this study focused on analyzing Imam Hamad's desire from the perspective of Lacan's desire theory by referring to Freud's research on taboo. In this way, this study attempted a new interpretation method of desire analysis different from previous studies. Through the analysis of this character Imam Hamad’s desire, Lacan's first proposition is proven that the character's unconsciousness is created under the influence of the discourse of the Other. In addition, Lacan's second proposition has been proven that the desire of the chosen character is created by desiring the desire of the Other. As a result, this novel Srengenge shows that the world of the human mind has never escaped the gravity of taboo and animism which is the basis of primitive religion.This study is the first study in Malay literature that uses Lacan's Theory. Through this study, it is hoped that the results of this study can be used and benefited by future researchers who are interested in studying Malay literary works using Lacan's Theory.

Keywords: desire; taboo; Shahnon Ahmad; Srengenge; Lacan's Psychoanalysis; the Other
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 JURNAL MELAYU SEDUNIA https://mjlis.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/48303 BUAH BUTON PADA RUMAH RAMLAH DI LUAK TANAH MENGANDUNG, NEGERI SEMBILAN: LAMBANG KESOPANAN DALAM MENYANTUNI TETAMU BERDASARKAN SISTEM KEPIMPINAN ADAT PERPATIH 2023-11-29T17:32:07+08:00 Fakhrur Razi Maamor fakhrurrazi991@gmail.com Sabzali Musa Khan sabzali@um.edu.my
Konsep meraikan tetamu sudah menjadi simbolik dalam kalangan pemimpin dunia ketika yang menjadi tuan rumah dan buah buton merupakan elemen yang tidak terkecuali dari konsep tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis hubung kait buah buton dalam menyantuni tetamu berdasarkan sistem Adat Perpatih yang berkaitan dengan konteks kepimpinan. Dua kaedah digunapakai bagi mencapai objektif kajian. Pertama, kajian lapangan yang mensasarkan rumah Ramlah di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan sebagai sampel penyelidikan utama. Kaedah kedua, melibatkan temu bual tiga informan masingmasing dalam kategori penduduk tempatan, penyelidik Adat Perpatih dan pengamal adat Minangkabau. Hasil kajian menunjukkan bahawa buah buton mempunyai kaitan dengan meraikan tetamu. Kedudukan buah buton yang tergantung di bahagian tangga rumah menjadi simbolik terhadap perwatakan seorang pemimpin dalam melayani tetamu mereka dengan penuh adab dan sopan. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar buah buton dapat dijadikan sebagai elemen dekorasi yang berilmiah dalam sistem pendidikan negara agar generasi muda menghargai seni warisan Adat Perpatih.

Kata Kunci: adat; Adat Perpatih; seni; tetamu; ukiran tiga-dimensi

The concept of celebrating guests has become symbolic among world leaders when they host, and buah buton is an element that is not excluded from the concept. The purpose of this article is to analyze the relationship between buah buton and the context of hospitality in the Adat Perpatih system, which is related to the context of leadership. Two methods are used to achieve the objective of this article: firstly, a field study that targets Ramlah's house in Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan as the main research sample. Meanwhile, the interview method involves three informants consisting of local community members, Adat Perpatih researchers, and practitioners of Minangkabau customs. Based on both of these methods, it shows that the buah buton is also related to celebrating guests. The position of the buah buton hanging in the rumah tangga is symbolic of a leader's character in serving their guests with manners and courtesy. Therefore, this article suggests that the buah buton can be used as an educational decoration in
the national education system for the future of the younger generation.

Keywords: customary; Adat Perpatih; art; guest; three-dimensional carving
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 JURNAL MELAYU SEDUNIA https://mjlis.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/48304 ANALISIS KEPERLUAN TERHADAP PENGGUNA SASARAN KIT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (KPBM) UNTUK PENUTUR ASING 2023-11-29T17:36:56+08:00 Yusmaniza Mohd Yusoff yusmaniza.ukm@gmail.com Junaini Kasdan junaini@ukm.edu.my Nor Hashimah Jalaluddin shima@ukm.edu.my
Penyelidikan berkaitan pembangunan modul atau kit pembelajaran bahasa memerlukan kajian analisis keperluan pengguna bagi memenuhi kehendak dan spesifikasi pengguna. Pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing memerlukan kaedah dan bahan bantu ajar yang efektif kerana pembelajaran dalam kelas yang dikendalikan oleh guru telah menimbulkan beberapa hambatan seperti faktor kos, sikap guru dan pelajar, guru yang kurang mahir, saiz kelas, kekurangan sokongan teknologi dan kurang penekanan mengenai aspek budaya. Oleh itu, analisis keperluan dijalankan terhadap pengguna sasaran penutur asing bagi mengenal pasti kriteria yang diperlukan dalam membangunkan bahan bantu pembelajaran bahasa Melayu yang efektif. Pemerolehan data kajian adalah menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada 50 orang responden yang berstatus warganegara asing. Sebanyak 10 topik soalan diajukan kepada responden dengan pecahan 4 bahagian mengikut perihal keperluan untuk dianalisis. Analisis yang dijalankan adalah analisis statistik deskriptif yang melihat kekerapan dan peratusan sahaja. Dapatan analisis keperluan menunjukkan potensi yang tinggi untuk membangunkan Kit Pembelajaran Bahasa Melayu (KPBM) yang mengandungi bahan bertulis dan bahan multimedia khususnya bahan video. Majoriti responden memerlukan bahan bantu ajar berbentuk video (92%) dan diikuti oleh bahan bertulis (64%). Hal ini bermakna pembelajaran bahasa Melayu tidak lagi bergantung kepada pembelajaran secara konvensional dalam kelas sahaja, namun semakin berkembang dengan pemanfaatan bidang teknologi maklumat yang dapat merangkumkan multimedia dalam satu pangkalan. Oleh itu, KPBM yang dibangunkan menggunakan model reka bentuk ADDIE dapat memenuhi keperluan pengguna yang memerlukan strategi pembelajaran menggunakan media baharu yang lebih baik untuk mengatasi pelbagai cabaran yang ada.

Kata kunci: ADDIE; analisis keperluan; bahan multimedia; bahasa Melayu penutur asing; Kit Pembelajaran Bahasa Melayu (KPBM)

Research related to the development of language learning modules or kits requires the analysis of user needs to meet the needs and specifications of users. Learning Malay language for foreign speakers requires effective teaching methods and materials because classroom learning conducted by teachers has created several obstacles, such as cost factors, teacher and student attitudes, less skilled teachers, class size, lack of technology support and a lack of emphasis on cultural aspects. Therefore, a needs analysis was carried out on target users of foreign languages to identify the criteria needed for developing effective Malay language learning aids. The acquisition of research data is using a questionnaire that is randomly distributed to 50 respondents who are foreigner. A total of 10 question topics were asked to respondents with a breakdown of 4 parts according to the description of the topics that needed to be analyzed. The analysis carried out is a descriptive statistical analysis that looks at frequency and percentage only. The findings of the needs analysis show a high potential to develop a Malay Language Learning Kit (KPBM) that contains written materials and multimedia materials, especially video materials. The majority of respondents need teaching aids in the form of videos (92%), followed by written materials (64%). This means that Malay language learning is no longer dependent on conventional learning in the classroom only, but is growing with the use of information technology that can include multimedia in one base. Therefore, KPBM developed using the ADDIE design model can meet the needs of users who need a better learning strategy using new media to overcome various
challenges.

Keywords: ADDIE; needs analysis; multimedia materials; Malay language for foreign speakers; Malay Language Learning Kit (KPBM)
2023-11-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 JURNAL MELAYU SEDUNIA