PENSEJARAHAN KRITIS NEGERI SANTUBONG: SEJARAH AWAL SARAWAK

Main Article Content

Azuan Bin Jemat

Abstract

Perbincangan ini bertujuan untuk mengetengahkan dan memaparkan semula karya mutakhir mengenai penulisan sejarah di Negeri Sarawak. Penulisan sejarah di Sarawak masih dianggap ketandusan sumber rujukan dan bahan bacaan ekoran kurangnya penulisan berkaitan sejarah dan mereka yang pakar dalam bidang sejarah dikenali sejarawan masih kurang jumlah berbanding bidang disiplin ilmu yang lain. Memang tidak dapat dinafikan penulisan sejarah Sarawak yang terawal banyak dipelopori oleh golongan pegawai inggeris sama ada di zaman pemerintahan Brooke mahupun zaman penjajahan kolonial British di Sarawak. Kesannya, penulisan sejarah Sarawak hanya dilihat dari kaca mata barat yang dianggap berat sebelah dalam memaparkan sejarah atau diistilahkan “Inggeris sentrik” mengikut konteks pensejarahan. Penerbitan buku Negeri Santubong- Sejarah Awal Sarawak 300ESS-1647ES yang memperlihatkan perkembangan mutakhir ilmu sejarah Sarawak hasil dari penyelidikan ilmiah oleh Sanib Said yang merupakan seorang sejarawan negeri Sarawak yang banyak menulis buku sejarah khusus berkaitan dengan negeri Sarawak.  Kajian ini akan menilai kerelevanan buku ini dalam konteks nilai pensejarahan Sarawak.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Bin Jemat, A. . (2021). PENSEJARAHAN KRITIS NEGERI SANTUBONG: SEJARAH AWAL SARAWAK. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 4(1), 361–382. Retrieved from https://mjlis.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/34297
Section
Articles