Main Article Content

Abstract

Konflik Arab-Israel merupakan isu yang sering dilaporkan oleh kebanyakan media cetak bagi menggambarkan keadaan di Timur Tengah. Penulisan artikel ini merupakan satu usaha awal bagi menilai dan menganalisis sumbangan serta peranan yang telah dimainkan oleh akhbar tempatan berkaitan dengan konflik Arab-Israel pada tahun 2015. Analisis dilakukan terhadap dua akhbar berita utama di Malaysia iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian. Secara keseluruhannya, penulisan artikel ini menggunakan metod kualitatif berdasarkan kepada metod dokumentasi, metod komparatif dan metod histori bagi mendapatkan maklumat berkaitan. Hasil kajian memperlihatkan terdapat laporan yang signifikan berasaskan kepada pembahagian seperti sumber berita, kekerapan berita yang dimuatkan dalam akhbar dan tempat liputan berita dalam kedua-dua akhbar tersebut.

Keywords

Media conflict Arab-Israel Utusan Malaysia Berita Harian

Article Details

How to Cite
Mohd Nor, M. R., Mohd Rozi, R., Abd. Azid, M. A., & Mohd Yusoff, A. Z. S. (2017). Laporan Media Cetak Berkaitan Konflik Arab-Israel pada Tahun 2015 di Malaysia: Kajian Terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian. Online Journal of Research in Islamic Studies, 3(3), 51–67. Retrieved from https://mjlis.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/9971