APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM MENENTUKAN KEBOLEHUPAYAAN PEJALAN KAKI TERHADAP KEBOLEHTERSAMPAIAN DI BANDARAYA BERSEJARAH MELAKA

Geographic Information System (GIS), Accessibility, Walkability, Transportation, Parameter.

Authors

  • Mohd Sahrul Syukri Yahya Universiti Tun Hussein Onn
  • Edie Ezwan Mohd Safian Universiti Tun Hussein Onn

Keywords:

Sistem Maklumat Geografi (GIS), Kebolehtersampaian, Kebolehupayaan pejalan kaki, Pengangkutan, Parameter

Abstract

Kebolehupayaan pejalan kaki ialah satu kajian disiplin ilmu yang meluas terhadap kebolehtersampaian tanpa menggunakan mod pengangkutan berteraskan motor. Kajian ini dijalankan di kawasan bersejarah iaitu Bandaraya Melaka yang mempunyai pelbagai akses dan aktiviti pelancongan. Kaedah yang digunakan ialah analisis rangkaian dan proses hierarki analitik berasaskan aplikasi sistem maklumat geografi (GIS) sebagai platform data ruangan utama yang dapat menentukan skor akses kebolehupayaan pejalan kaki di kawasan kajian. Empat parameter digunakan iaitu pemboleh ubah perhubungan jalan raya, guna tanah, tempat kediaman dan bangunan komersial atau sejarah. Hasil kajian yang dijalankan dapat menunjukkan peratusan skor kawasan yang mempunyai keupayaan berjalan kaki yang tinggi, sederhana dan rendah. Selain itu, penggunaan GIS dan data walk score dapat menentukan bahawa lokasi Bandar Hilir merupakan kawasan yang sangat tinggi ‘walkability’ dan akses yang sempurna. Oleh hal yang demikian, kajian ini dapat memberikan impak positif kepada perancang bandar yang lestari dari segi ekonomi, alam sekitar dan reka bentuk bandaraya tanpa penggunaan kenderaan bermotor.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-27