KESAN PERUBAHAN GUNA TANAH TERHADAP POLA SUHU DI KUNDASANG, SABAH

Perubahan guna tanah, pola suhu, pelancongan, pertanian

Authors

  • Safiah Yusmah Muhammad Yusoff Universiti Malaya
  • Amy Nabilla Jeffrey Universiti Malaya

Keywords:

Land use change, Temperature pattern, Tourism, Agriculture

Abstract

Kundasang, Sabah merupakan destinasi pelancongan tanah tinggi yang dikenali kerana suhu persekitarannya yang rendah. Namun, situasi telah berubah apabila Kundasang semakin rancak dibangunkan dengan pelbagai jenis guna tanah. Oleh itu, objektif kajian ini bertujuan untuk menganalisis impak perubahan guna tanah terhadap pola suhu di Kundasang dari tahun 2012 sehingga tahun 2020. Pelaksanaan kajian ini adalah dengan menggunakan pendekatan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan sepanjang tempoh sembilan tahun, guna tanah Kundasang telah mengalami perubahan yang besar dan jelas dilihat pada keluasan kawasan hijau yang semakin berkurang. Pengurangan luas kawasan hijau adalah akibat pembukaan kawasan baru untuk aktiviti pertanian, pelancongan dan pembinaan. Hasil analisis kandungan mendapati sektor pertanian dan pelancongan merupakan aktiviti guna tanah yang paling giat dijalankan berbanding pembinaan. Seiring dengan perubahan guna tanah, pola suhu Kundasang juga turut mengalami perubahan. Dapatan temu bual mendapati perubahan pola suhu Kundasang memberi kesan kepada produktiviti pertanian dan aktiviti pelancongan. Hal ini seterusnya, memberi impak kepada penduduk yang menjadikan sektor pertanian dan pelancongan sebagai sumber pendapatan utama.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-06-28