Pemikiran Islam: Suatu Analisis Konseptual Kontemporari

Main Article Content

Wan Adli Wan Ramli
Mohamad Kamil Ab Majid

Abstract

Esei ini membahaskan perihal pemikiran Islam sebagai suatu disiplin ilmu dalam konteks semasa. Perihal tersebut merujuk kepada ilmu tentang perkara-perkara dasar dalam kewujudan ini khususnya tentang Tuhan, manusia dan alam, serta hubungan perkara-perkara ini. Ia membentuk asas kepercayaan Islam yang menjadi landasan pegangan akidah dan tindakan Muslim. Berikutan itu, esei ini membincangkan permasalahan sekitar takrif, sifat, sumber, skop, dan juga nama-nama kepada bidang ilmu ini. Selain itu, turut dibincangkan matlamat dan kepentingan ilmu pemikiran Islam. Esei ini juga menegaskan keperluan adanya aspek penghakiman dalam ilmu pemikiran Islam agar wacananya menjadi lebih relevan dengan cabaran yang dihadapi. Dengan semua penjelasan ini, wacana pemikiran Islam mampu dihargai dengan lebih baik oleh semua.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Wan Ramli, W. A., & Ab Majid, M. K. (2005). Pemikiran Islam: Suatu Analisis Konseptual Kontemporari. Jurnal Usuluddin, 22, 1–26. Retrieved from https://mjlis.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4230
Section
Articles