Kepentingan dan Perkembangan Hak untuk Mendapatkan Peguam Semasa Siasatan dalam Sistem Perundangan Jenayah di Malaysia

Authors

  • Zulazhar bin Tahir

Abstract

Hak untuk mendapatkan peguam adalah hak yang amat penting dalam sesuatu perbicaraan jenayah. Oleh yang demikian, Art 5 (3) Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang yang ditangkap untuk berhubung dengan peguam pilihannya. Namun begitu, sebelum wujudnya Akta A1274, secara amalannya hak seseorang yang ditangkap tersebut bermula semasa beliau ditangkap tetapi tidak boleh dikuatkuasakan serta-merta. Selalunya, hak ini hanya diberikan selepas berakhirnya siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa. Hak ini juga selalunya akan diketepikan atas alasan kehadiran peguam akan mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan. Malahan melalui keputusan-keputusan kes juga menunjukkan bahawa mahkamah turut bersetuju dengan apa yang berlaku. Akibat daripadanya, sering kali berlaku kes-kes kekasaran semasa siasatan terhadap tertuduh. Bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian-kejadian sebegini maka Akta A1247 telah diperkenalkan dengan harapan agar hak-hak seseorang yang ditangkap akan lebih terjamin. Artikel ini akan melihat perkembangan di Malaysia sebelum dan selepas pindaan. Selain daripada itu, kepentingan mengapa hak untuk mendapatkan peguam ini harus diberikan kepada tertuduh semasa ditangkap juga akan dibincangkan. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-01-15

How to Cite

Tahir, Z. bin. (2019). Kepentingan dan Perkembangan Hak untuk Mendapatkan Peguam Semasa Siasatan dalam Sistem Perundangan Jenayah di Malaysia. Journal of Malaysian and Comparative Law, 35, 167–192. Retrieved from https://mjlis.um.edu.my/index.php/JMCL/article/view/16296