Main Article Content

Abstract

Kemunculan mesin percetakan merupakan salah satu mercu tanda penting dalam sejarah perkembangan intelektual manusia kerana membolehkan pelbagai ilmu disebarkan dan dikongsi oleh anggota masyarakat. Kemunculan Universiti al-Azhar sebagai pusat pengajian ilmu agama yang terkenal pula menyaksikan jumlah pelajar Melayu yang belajar di Kaherah semakin meningkat sejak akhir abad ke-19, dan mencapai kemuncak pada tahun 1920-an. Peranan Mesir sebagai pusat kegiatan intelektual tidak hanya terhad sebagai pusat penyebaran ilmu, tetapi juga meninggalkan pengaruh yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu-Islam. Artikel ini membincangkan peranan Kaherah sebagai pusat percetakan karya Melayu-Islam sejak tahun 1880-an sehingga tahun 1960-an. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sekunder. Kajian ini mendapati bahawa Kaherah muncul sebagai pusat percetakan karya Melayu-Islam yang aktif sejak tahun 1910-an, namun peranannya sebagai pusat percetakan karya Melayu-Islam mula merosot selepas tahun 1930-an akibat kewujudan banyak syarikat percetakan di Tanah Melayu selain kemudahan mendapatkan alat percetakan di Singapura dan Pulau Pinang.

Keywords

Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir, percetakan, karya Melayu-Islam

Article Details

How to Cite
Haris, A. H. (2014). KAHERAH SEBAGAI PUSAT PERCETAKAN KARYA MELAYU-ISLAM, 1880-AN HINGGA 1960-AN (Cairo as Printing Centre of Islamic-Malay Literary Works, 1880s to 1960s). Journal of Al-Tamaddun, 9(1), 15–31. Retrieved from https://mjlis.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8667