Main Article Content

Abstract

Al-Qur'an telah memberikan sumbangan yang besar kepada historiografi Islam terutamanya pada abad kedua Hijriah. Ini kerana al-Qur'an mendorong manusia kepada pembelajaran sejarah serta membuktikan kepentingan sejarah di dalam kehidupan manusia melalui penceritaan cerita-cerita sejarah di dalam al-Qur'an. Idea-idea sejarah di dalam al-Quran telah menyumbang kepada perkembangan historiografi Islam dari sudut perluasan skop dan tema sejarah. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan kepentingan sejarah dalam al-Qur'an dan sumbangan al-Qur'an dalam perkembangan historiografi Islam dari sudut idea sejarah pada abad kedua Hijriah.

Article Details

How to Cite
Hamzah, N. (2007). CONTRIBUTION OF QUR’AN TO THE DEVELOPMENT OF MUSLIM HISTORIOGRAPHY DURING THE SECOND CENTURY OF HIJRA. Journal of Al-Tamaddun, 2(1), 183–208. Retrieved from https://mjlis.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/7901