Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

Authors

  • Mohd Sollah Mohamed
  • Haji Mohammad Seman

Abstract

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan gambaran terhadap keberkesanan dan kesesuaian modul bahasa Arab yang dibina untuk tujuan Haji dan Umrah. Pengkaji telah mengunakan “Modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah†sebagai modul rintis dan alat percubaan dalam kajian tinjauan ini. Modul yang disediakan telah memberi penekanan dari sudut kandungan nahu Arab dan kosa kata Arab. Selain itu juga, kaedah pembelajaran yang diaplikasikan ialah kaedah hafalan, latih tubi dan praktikal untuk membantu penguasaan bahasa Arab. Pengkaji telah menjalankan tinjauan keberkesanan modul terhadap 30 orang responden melalui soal selidik. Responden telah mengikuti proses pembelajaran menerusi modul percubaan sebanyak empat sesi pembelajaran selama sebulan sebelum menunaikan Umrah. Responden telah menggunakan modul tersebut selama 13 hari di Mekah dan Madinah iaitu bermula pada 31 Oktober hingga 12 November 2015. Soal selidik telah diedarkan apabila responden selesai mengerjakan Umrah. Hasil daripada kajian ini mendapati maklumbalas responden terhadap modul yang telah digunakan amat memberangsangkan. Majoriti responden amat bersetuju dengan isi kandungan yang disediakan. Walaupun begitu, terdapat juga penambahbaikan yang perlu dibuat berdasarkan respon yang diperolehi. Hal ini amat penting agar kelemahan dan kekurangan modul ini dapat diatasi dan dibaiki.

 

Kata kunci : modul, bahasa Arab, Haji, Umrah dan keberkesanan

 

Abstract

This research is conducted to study the effectiveness and suitability of an Arabic language module prepared for the purpose of Islamic pilgrimage to Mecca (Hajj) and the non-mandatory lesser pilgrimage made by Muslims to Mecca (Umrah). The researcher has utilised or Arabic Language Module for the Purpose of Hajj and Umrah as a pilot module and experimental instrument in this survey study. The module prepared emphasises on the Arabic grammar and vocabulary. The approach to learning this module is memorisation, drills and practical work to master the Arabic language. The researcher has conducted a survey on the effectiveness of the module on 30 respondents through the use of questionnaire. The respondents have gone through the process of learning the experimental module in four sessions in a month before performing Umrah. The respondents used the module for 13 days in Mecca and Medina, starting on October 31 to November 12, 2015. The questionnaire was distributed right after the respondents had performed their Umrah.   The result of this study found that respondents' responses to the modules used were very encouraging. The majority of the respondents strongly concur with the content of the module. Nonetheless, there are still improvements that need to be considered in enhancing the module based on the responses obtained. This aspect is critically important as to address the weaknesses and lacking in the module so that they can be rectified and improved.

 

Keywords: module, Arabic language, Hajj, Umrah and effectiveness.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2017-10-25

Issue

Section

Articles