PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MODUL CERITA NAHU (MCN)

Authors

  • Fairuz Mohamad
  • Mohammad Seman
  • Mohd Sollah Mohamed

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap bahasa Arab dan pendekatan nahu bahasa Arab secara umum serta persepsi pelajar terhadap Modul Cerita Nahu (MCN) secara khususnya. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan mengaplikasikan Teori Persepsi Gestalt. Data diperolehi melalui instrumen soal selidik. Responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai  122 orang  pelajar  sekolah menengah yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap bahasa Arab dan pendekatan nahu Arab berada  pada tahap  sederhana berdasarkan skala 3 mata Rudzi (2003). Namun, MCN terbukti berjaya mengubah persepsi mereka kepada tahap yang tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2020-01-17

Issue

Section

Articles