Analisis Hukum Solat Laylat Al-Qadr Dalam Kitab Tarjuman Karangan Kh. Abdul Hamid

Analysis of the Islamic Law of Laylat Al-Qadr Prayer in the Book of Tarjuman by Kh. Abdul Hamid

Authors

  • Imamuddin Universiti Malaya
  • Abdul Karim Ali Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.22452/basirah.vol12no2.3

Keywords:

Solat Sunat, Laylat al-Qadr, Pandangan Hukum, KH. Abdul Hamid, Tarjuman

Abstract

Kajian ini akan memperbahaskan pandangan KH. Abdul Hamid terhadap hukum solat Laylat al-Qadr dalam kitab Tarjuman (sekitar tahun 1800-1900 M). Kitab ini adalah kitab asas tauhid dan fiqh. Namun, hukum-hakam fiqh yang lebih banyak diperbincangkan. Mulai daripada bab taharah, salat, puasa, zakat, warisan, muamalah, haji, pernikahan bahkan hukum halal-haram secara umum. Sebahagian masyarakat masih mengamalkan solat Laylat al-Qadr. Dengan solat ini, diharapkan dapat berjumpa dengan malam yang mulia iaitu Laylat al-Qadr yang munculnya setahun sekali. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti pandangan KH. Abdul Hamid terhadap solat Laylat al-Qadr. Untuk mencapai tujuan tersebut, pengkaji menggunakan metode kualitatif iaitu kajian perpustakaan. Kajian ini mendapati bahawa pengamalan solat Laylat al-Qadr berlandaskan kepada hadith yang tidak dapat dijadikan hujah sebab hadith tersebut mawdu’ (palsu). Oleh itu, solat ini tidak dapat diamalkan kecuali diganti dengan solat sunat mutlak atau yang lainnya yang diiktiraf oleh syarak.  

Downloads

Downloads

Published

2022-12-30

How to Cite

Imamuddin, I., & Ali, A. K. . (2022). Analisis Hukum Solat Laylat Al-Qadr Dalam Kitab Tarjuman Karangan Kh. Abdul Hamid: Analysis of the Islamic Law of Laylat Al-Qadr Prayer in the Book of Tarjuman by Kh. Abdul Hamid. Al-Basirah Journal, 12(2), 37–54. https://doi.org/10.22452/basirah.vol12no2.3