Keberangkalian Gharar di dalam E Wallet: Satu Penelitian Awal Probability of Gharar in E-Wallets: A Preliminary Study

Main Article Content

Mohd Shahid Mohd Noh
Nor Fahimah Mohd Razif
Muhammad Asyraf Ruslan

Abstract

Pendigital kaedah pembayaran telah menunjukkan peningkatannya di kalangan rakyat Malaysia khususnya ketika pandemik Covid-19 sedang melanda dunia. E-wallet adalah antara aplikasi pembayaran digital yang mesra pengguna dan mudah diakses sama ada oleh pengguna mahupun benefisiari yang lain. Secara umumnya, perkhidmatan e-wallet ini tidaklah dilihat mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan prinsip syariah selagi barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah patuh syariah. Walau bagaimanapun, ada beberapa isu yang dibangkitkan sebagai peringatan kepada syarikat penyedia e-wallet. Aplikasi yang melibatkan beberapa pihak seperti pengguna, penjual atau peniaga didakwa terdedah kepada gharar yang berpotensi menjadikan akad tersebut rosak. Kertas ini bertujuan untuk memberikan satu pandangan awal mengenai risiko berlakunya gharar dalam transaksi menggunakan e-wallet yang makin mendapat tempat di kalangan pengguna. Hasil kajian menunjukkan, sekiranya asas hubungan yang berlaku antara penyedia perkhidmatan e-wallet adalah berasaskan kontrak wakalah atau kontrak wadi’ah keberangkalian berlakunya gharar itu adalah tipis memandangkan akad tersebut terbina di atas ihsan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles