Manhaj Al-Imam Al-Shafi'i Dalam Periwayatan Hadith: Penelitian Terhadap Karya Ikhtilaf Al-Hadith
Main Article Content
Abstract
Al-Imām al-Shāfi‘ī merupakan ulama yang terkenal dalam sejarah Islam bahkan beliau dikenal sebagai mujtahid mutlaq. Beliau menguasai banyak aspek dalam ilmu pengetahuan Islam, termasuklah bidang hadith. Kredibiliti beliau dalam bidang hadith sering dipertikaikan oleh sebahagian kelompok salafi, kerana al-Imām al-Shāfiʻī dianggap hanya pakar dalam bidang fiqh. Maka, artikel ini berusaha untuk meneliti manhaj al-Imām al-Shāfi‘ī dalam periwayatan hadith dengan meneliti karya Ikhtilāf al-Ḥadīth sekaligus membuktikan ketokohan beliau dalam bidang hadith. Kajian ini bersifat kajian kualitatif yang melibatkan metode pengumpulan data melalui kajian kepustakaan. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis mengguna pakai kaedah induktif, deduktif, analisis
kandungan dan tematik. Hasilnya, didapati sebanyak enam metodologi berkaitan riwayat hadith yang diaplikasi oleh beliau dan turut disokong oleh argumen dan bukti sahih.