Konsep Pendidikan Al-Qur’an
DOI:
https://doi.org/10.22452/basirah.vol10no2.1Keywords:
Konsep, Pendidikan, al-QuranAbstract
Pendidikan al-Quran merupakan model pendidikan Rabbani yang sesuai untuk mendidik manusia sejagat ke jalan yang benar. Oleh itu, Pendidikan al-Quran perlu diberi perhatian sewajarnya supaya ia dapat menjadi model pendidikan untuk mendidik manusia menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. Kajian ini dijalankan untuk menjelaskan konsep pendidikan al-Qur’an, ciri-ciri, matlamat serta kaedah pendidikan secara umum yang terdapat dalam ayat al-Quran berdasarkan beberapa buah tafsir, antaranya tafsir FÊ ZilÉl al-Qur’Én. Pengumpulan data dalam kajian ini menggunakan mentode historis dan dokumentasi. Analisis data dalam kajian ini pula menggunakan metod induktif, deduktif dan komperatif. Hasil kajian menunjukkan pendidikan al-Quaran merupakan pendidikan Rabbani yang mempunyai ciri-ciri tertentu, matlamat serta kaedah yang sesuai untuk manusia sejagat pada sepanjang zaman.