Gagasan Rahmatan li al-Alamin dan Masa Depan Islam dalam Era Kerajaan Pakatan Harapan (PH): Satu Pengamatan Awal
Main Article Content
Abstract
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membawa satu gagasan Islam yang dinamakan sebagai Rahmatan Lil Alamin, setelah mendapat kuasa pemerintahan dalam Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu. Gagasan ini telah digambarkan melalui beberapa pendekatan Menteri Agamanya, seperti beramah mesra dengan golongan Lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT), menghentikan operasi serbuan khalwat atau maksiat di hotel dan perimis-perimis, tiada agenda memperkasakan perundangan Islam melalui sistem mahkamah dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, gagasan tersebut telah dipertikaikan oleh pelbagai pihak seolah-olah ia masih satu idea yang belum mantap dan kukuh, malah dikritik sebagai satu agenda yang melemahkan kredibiliti Islam sebagai Agama Persekutuan. Oleh itu artikel ini akan meneliti maksud sebenar konsep rahmatan lil alamin dan setakat mana ia bercanggah dengan idea baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Mudah-mudahan artikel ini dapat memberikan sumbangan kepada semua pihak terutamanya kerajaan PH, supaya kerajaan dapat meneliti dan memurnikan kelemahan seterusnya menghilangkan keraguan-keraguan yang timbul dalam masyarakat.