Sistem Sosial Islam Satu Alternatif ke arah Sifar Jenayah

Main Article Content

Shukeri Mohamad

Abstract

Isu keselamatan merupakan isu pokok dalam kehidupan masyarakat manusia. Ia menjadi matlamat hidup setiap anggota masyarakat kerana jaminan keselamatan akan membei peluang yang luas kepada usaha pembangunan dan kemajuan masyarakat. Manakala masyarakat dan negara yang tidak selamat kerana ancaman jenayah yang serius sebenarnya sebuah masyarakat yang lemah dan pincang kerana gagal menjaga rukun kehidupan yang sangat penting itu.  Adakah Malaysia sudah terjebak dalam krisis kepincangan seperti itu sekarang ini? Siapa yang patut menjaga keselamatan dan apakah caranya? Bagaimana Islam mengajar konsep keselamatan manusia dan masyarakat?  Kertas kerja ini ingin menarik perhatian masyarakat bahawa peranan Islam amat besar dalam misi keselamatan dan kesejahteraan samada dari segi konsep atau dari segi praktikal dan makenismenya. Namun begitu oleh kerana sebahagian pemimpin negara tidak bersedia  menggunakan Islam sebagai panduan kenegaraan, maka peranan Islam tidak dapat dilihat dengan jelas dalam masyarakat kita, termasuklah dalam usaha mengatasi gejala jenayah yang begitu kritikal masa kini. Oleh itu diharap kertas ini dapat membantu memberikan gambaran asas bagaimana peranan Islam dalam menjayakan misi keselamatan dan menangani gejala jenayah yang berbagai-bagai bentuknya, tetapi bukanlah untuk menghapuskan jenayah keseluruhannya, kerana ia tidak mungkin berlaku. Insya Allah.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles